PROJEK TITIAN HARAPAN INFAQ SUBUH
Yayasan Sultanah Bahiyah memperkenalkan program ‘Infaq Subuh’ bagi memberi peluang serta ruang kepada sesiapa sahaja untuk bersedekah dan YSB merupakan platform yang amat baik kerana telah terbukti sejak kewujudannya pada 28 tahun yang lalu merupakan badan amal yang memenuhi kehendak golongan yang memerlukan dengan pelbagai projek serta program kebajikan sepanjang tahun.
Infaq Subuh disediakan oleh YSB bagi memberi peluang kepada semua yang tidak sempat menyediakan ‘Tabung Subuh’ di rumah atau pergi ke masjid secara konsisten serta istiqamah kerana besar ganjarannya untuk ‘Infaq Subuh’
Yakinlah bahwa ganjaran
dari Allah itu boleh dihantarkan melalui rezeki yang tidak disangka-sangka
(oleh akal fikiran kita yang terbatas ini) serta daripada pelbagai pintu dan
arah. Yakin juga bahawa tidak ada yang sukar bagiNya. Dan Dialah Al Ghanni
(Maha Kaya) dan Al Mughni (Maha Pemilik Kekayaan).
Dalam sebuah hadits Nabi ﷺ menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekali gus kerugian yang bakal dideritanya bila mana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.
Daripada Aisyah RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amalan yang
paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun
jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465) Status: Hadis Sahih
InsyaAllah semoga dengan bantuan sumbangan ini, tuan-puan akan mendapat pahala berpanjangan kerana membantu mereka yang memerlukan.